Mengitung Hari Berhenti

Wednesday, October 24, 2007

5 hb November-Menanti sebuah kisah baru

At last,tak sampai setahun aku kerja kat sini,aku dah pun nak tukar tempat kerja.
Lumrah la agaknya bagi kuli swasta mcm aku untuk berpindah randah bila ada tawaran yang lebih bagus dan lebih kepuasan bekerja.Nomad moden.Bukan aku tak suka dgn company sekarang,tapi aku agak bosan dengan kerja aku yang hanya berbentuk melicinkan kerja org lain.Walaupun gaji yang dibagi setimpal(maksud aku, rendah dari pasaran,sbb kerja pun tak brapa banyak.),tapi aku juga ingin jadi orang penting dalam sesebuah company.Memang la kalau nak jadi orang penting kena kerja kuat,tapi untuk kerja aku,kerja segagah mana pun
takkan pergi ke mana.Masih di kepala takuk yang lama.Knowledge aku tentang PHP pun tak berkembang,walaupun aku guna PHP yang advanced iaitu berkonsepkan Object Oriented kat sini.Tapi masa jawab test time interview pun aku dah gelabah, sebab dah lama aku tak menggunakan pengetahuan PHP yang aku pelajari dulu.Tapi tak ada la sampai takde
pengetahuan langsung yang aku dapat kat company skarang.Ada la, macam cara2 memahami coding orang(OO lak tu),buat enhancement(kat coding orang gak),cara bekerja dgn bangsa lain,cara menipu OT,cara2 mintak Emergency leave kalau tetiba malas nak pegi kerja pagi2 dan lain-lain.Semuanya aku hargai dan takkan lupa.Mana boleh lupa, ni la kerja pertama aku lepas aku grad.Macam jugak first sex,first night,first kiss..mesti la kita ingat sampai
mati kan?

Susah juga aku nak buat keputusan berenti.Sebab aku ni jenis setia tak bertempat.Ramai jugak la yang aku rujuk untuk dapatkan pendapat.Bapak aku macam biasa bagi pro dan kontra,keputusan bulat2 dia suruh aku buat.Kagum.Member2 pun ramai yang menyokong.Termasuk juga seorang minah comel tapi jahat,yang memang support aku untuk tukar kerja.Dan keputusan aku pun banyak berasaskan dia(walaupun dia menafikannya,dan sehingga mengatakan apa yang aku lakukan utk dia adalah semata2 kepuasan diri aku sahaja,sedih..:(..)

Mungkin ramai risau yang aku akan menyesal dgn keputusan aku utk tukar dari company besar kepada company cinonet. Tapi bagi aku yang dah lama kenal dengan diri aku selama 23 thn,aku rasa aku takkan rasa menyesal.Sbb aku ni mempunyai kepala yang "ada batu besar itu dalam ada duduk(M.Zain)".Degil yang aku gunakan ke arah positif.

Doakan aku berjaya..

Untuk 'Cahaya' ku

Wednesday, September 19, 2007

Antara comelnya Ratatouille dan kelakarnya Simpsons the Movie.Dari tenangnya Naili's ke uniknya Bau-bau Cafe(walau dingin).Terlepas juga hingga ke koboinya Jees Gombak,namun satu hari akan juga sepagi di Taman Tasik Titiwangsa.Galeri Seni Petronas sudah (akhirnya )dikunjungi,Muzium Negara masih direnovasi dan dinanti.Mungkin bermulanya di kenyamanan Genting Highlands,tapi ingat,pengakhirannya tidak akan ada di Melaka.Sukarnya memahami gitar bukanlah dari pembelajarannya,tapi dari TEMPAT dan MASA.Debaran juga menjelma menanti nostalgia P Ramlee:The Musical(yang tentunya bukan kerana Siti).

Kita merancang,berkongsi jiwa kerana tiada selain kita.Tiada yang mampu fahami.Kecuali kau dan aku.Akan aku terus merancang agar kimia yang terhasil,tidak beku dengan kebosanan atau kehilangan.Janji untuk sentiasa merenung mata coklat yang 'berat',menahan tangan-tangan arahanmu dari menyentuh helaian hitam di kepalamu,aku ingin agar kekal hitam,agar kekal begitu.Bibir yang ingin aku sentuh,menanti aku dan terus menanti.

Sangsi yang kau rasa aku redha.Sabar yang ada dan ini lah masanya.Ingin lagi aku bersama insan yang terlebih gula.....


nikihsa run..Nice to know you..

Bas tard...

Tuesday, July 17, 2007

Mula-mula aku riang,lega sebab tiada sebarang masalah di pejabat tersayang.Dan aku sudah berjanji untuk bertemu 'teman-teman jenayah' aku di Restoran Hameed's,berdekatan Stesen LRT Pasar Seni.

(*jenayah yang kami lakukan adalah 'merompak' hasil keuntungan mamak tersebut dengan lepak selama yang mampu sambil menghamburkan ketawa sekuat yang mungkin dan bercerita hal dalam kain dengan suara high pitch dua octave yang mengakibatkan orang ramai takut mendekati restoran yang mahal nak mampus itu.)

Tapi hari aku menjadi panas secara tiba-tiba.

Dari bangunan Angkasa Raya ke Central Market, aku terpaksa menaiki bas yang aku paling benci dalam industri per'bas'an iaitu Metrob*s.Itupun aku terpaksa naik setelah menunggu bas RapidKL dengan begitu berjanggut sekali.Kenapa aku benci Met*obus?

Sebab bas itu adalah hasil transformation dari sebuah sardin dalam tin menjadi sebuah bas!
Transform!

Selagi angin boleh lalu, selagi itulah si konduktor kerek akan menyumbat perut bas dengan manusia.Padahal,dah banyak dosa kering yang para penumpang dapat free dengan bergesel dan bertindih antara berlainan bangsa dan jantina.Aku kalau dengan perempuan OK lagi, tapi kalau dengan jantan?

Ngeri I nyah....
Lagi satu kehampasan m*trobus ialah adalah pada pilotnya yang mungkin juga pekak tak pun menganggap hon bas adalah teknologi terkini ciptaan Bill Gates.Punyalah *peghak menekan hon(*tak boleh guna perkataan 'jakun', nanti orang suku jakun marah), dan rasanya kalau burung gagak lalu atas bas pun nak dihonkannya takut berlanggar.

Sana nak hon..sini pun hon..hoooooonnnn...

Ada sekali tu,traffic light baru je tukar kepada hijau,si pilot peghak tekan hon bertalu-talu(lebih kurang 15 kali) dan diakhiri melodi sumbang honnya dengan hon panjang(dalam 15 saat?).Aku yang berada dalam bas pun dah sakit telinga,apatah lagi orang-orang luar bas seperti pejalan kaki.Aku tengok orang kat luar jeling dengan TAJAM sekali,ada yang menutup telinga,dan kalau ada yang bagi isyarat lucah pun aku tak salahkan diorang.

Malu aku naik bas tu.

Hilang mood aku nak 'merompak' dengan riang.

I hate You, KL(but I love your sun)

Monday, July 16, 2007


Semua dah tahu pasal karenah seranah hidup di Kuala Lumpur.Seiring dengan namanya,memang disaluti lumpur durjana keharu-biruan warna kota.

Traffic jam(klise), kos hidup tinggi (klise),parking susah(agak klise(perkataan 'klise' pun aku rasa dah klise)),samseng Petaling Street(aku dah pernah kena), bapuk tua lorong Haji Taib(rosak nama pak haji),free sex(maksud:seks tanpa nikah secara percuma), dan lain-lain yang memualkan otak, memeningkan tekak dan mengaburkan penglihatan dek kerana asap busuk bertaburan di angkasa KL bagai meraikan pesta dua puluh empat jam tujuh hari warganya yang leka.

Tapi hari ini..

Aku amazed, jatuh cinta dengan matahari senja Kuala Lumpur yang kejinggaan.

Jatuh cinta dengan stroke, lining ataupun contrast lukisan alam bagai dilukis oleh kuasa dan bakat teragung,melatari nisan-nisan yang mencakar langit.Tidak perlu abstrak yang mengelirukan.



Seperti memberi oksigen baru.
Seperti memberi warna baru.
Seperti memberi pedoman baru.


Untuk warga alpa yang rakus,agar berhenti sejenak menikmati ia,sementara stok masih ada.


KL..behind your darkest side,still your tiny bright side sticks in my mind.